Thursday 20 February 2014

Pasukan Hoki Sekolah - SMK Seri Jempol

Pasukan Hoki Sekolah - SMK Seri Jempol


Tragedi Kehilangan Pemain Hoki Negara

TRAGEDI!! PEMAIN HOKI CHUA BOON HUAT Meninggal Dalam Nahas Jalan Raya!!






Pemain Hoki Negara Yang Maut Dalam Kemalangan.

Tak kira anda minat sukan hoki atau tidak, nama Chua Boon Huat (33 tahun) pasti anda kenal. Mana taknya sebab dia telah mewakili negara kita sejak dari 1998 dalam sukan Komanwel. 

Ini adalah satu berita yang begitu menyedihkan kerana dia telah disenaraikan untuk mewakili negara dalam Kejohanan Hoki Asia yang akan datang. Dan sekiranya Malaysia masuk ke peringkat akhir Piala Dunia, pastinya dia juga disenaraikan. Apa-apapun, Rest In Peace.

 
Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut dalam kemalangan selepas keretanya melanggar sebuah lori di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dekat Kelana Jaya di sini jam 3 pagi tadi.

Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang.

Sesungguhnya negara telah kehilangan seorang pemain hoki yang berbakat besar dan telah banyak menyumbangkan jasa di dalam arena hoki sehinggalah ke peringkat antarabangsa.



Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013

Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 // 

Hero Hockey Junior World Cup Men 2013


Tarikh : 6 Disember hingga 15 Disember 2013
Venue: Stadium National Major Dhyanchand
Tuan Rumah : New Delhi, India

Kumpulan A 
CountryPlayedWinsDrawsLossesGFGAGDPoints
Belgium321010377
Germany320113496
Pakistan3111610-44
Egypt3003214-120
Kumpulan B 
CountryPlayedWinsDrawsLossesGFGAGDPoints
Australia33009279
France32017706
Argentina310258-33
Spain300337-40
Kumpulan C 
CountryPlayedWinsDrawsLossesGFGAGDPoints
Netherlands330013499
Korea3111121024
India31118804
Canada3003617-110
Kumpulan D
CountryPlayedWinsDrawsLossesGFGAGDPoints
Malaysia33009549
New Zealand31115504
South Africa310234-13
England301258-31


Sumber >> Hoki Piala Dunia Remaja 2013 | Jadual dan Keputusan | SANoktah
via sanoktah.blogspot.com 


Pemain Hoki Remaja Piala Dunia 2013

18 Pemain Hoki Remaja yang dipilih di dalam

Skuad Piala Dunia 2013





Jurulatih Malaysia : Dharma Raj Abdullah
Pengurus skuad kebangsaan : Mirnawan Nawawi

1. Muhammad Hafizuddin Othman
2. Mohd Zulhairi Hashim
3. Joel Samuel van Huizen
4. Mohd Nor Aqmal Abdul Gaffar
5. Muhammad Hafiz Zainol
6. Mohd Fitri Saari (C)
7. Meor Muhammad Azuan Hassan
8. Shazril Irwan Nazli
9. Muhammad Firhan Ashaari
10. Muhammad Rashid Baharom
11. Mohamad Syamim Mohd Yusof
12. Muhammad Haziq Samsul
13. Muhammad Shahril Saabah
14. Muhammad Hazrul Faiz Ahmad Sobri
15. Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin
16. Kavin Kartik Govindasamy
17. Muhammad Azri Hassan
18. Faiz Helmi Jali


Sumber >> Hoki Piala Dunia Remaja 2013 | Jadual dan Keputusan | SANoktah
via sanoktah.blogspot.com 

Profil Pemain Hoki Malaysia

PROFIL MOHD SHUKRI MUTALIB


Meskipun sedar sukar untuknya mendapatkan segulung ijazah dalam waktu yang singkat kerana bergiat aktif dalam hoki antarabangsa, Shuk atau nama sebenarnya Mohamad Shukri Abdul Mutalib tetap menyimpan impian memburu cita-cita beraksi di Piala Dunia dan Sukan Olimpik.

Pemuda berusia 27 tahun kelahiran Trolak, Perak ini sudah enam tahun menuntut dalam bidang perguruan-Pendidikan Jasmani di Universiti Putra Malaysia, berharap cita-citanya beraksi di dua kejohanan termasyhur itu akan tercapai sekali gus menjadi tonik terbaik untuk dia menamatkan kerjaya sebagai pemain hoki dan membuka lembaran sebagai guru sukan yang berjaya kelak.
Anak kelima daripada tujuh beradik ini dipengaruhi latar belakang keluarga yang yang aktif dalam sukan apabila dua abangnya bermain hoki sejak sekolah rendah lagi.
Shuk mula mewakili sekolah ketika berusia 10 tahun lagi, memiliki 177 cap sejak mewakili negara dalam skuad senior pada usia 18 tahun, pada 2004.
Berada dalam pasukan yang muncul naib juara Sukan Asia 2010 menjadi kenangan manis buatnya namun kejayaan itu juga menjadi kenangan paling pahit buatnya kerana gagala melayakkan diri ke Sukan Olimpik London 2012 daripada slot juara Asia.
Kini dia bersama lagi pemain yang berada dalam skuad itu, SMohd Shahrun Nabil Abdulah, Azlan Misron, Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil dan Nabil Fiqri Mohd Noor masih menjadi tonggak skuad kebangsaan bimbingan Paul Revington yang memburu tempat ke Piala Dunia, menerusi kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, di Taman Daya, Johor Bahru.
Pemain pendiam tetapi mudah mesra ini bagaimanapun tidak lokek berkongsi pengalaman apabila diajukan soalan mengenai hoki, sukan kegemarannya.
Baginya, sejak 10 tahun lalu, sukan ini mengalami banyak perubahan. Dia yang bermain di posisi bek kanan tidak lagi memainkan peranan bertahan semata-mata sebaliknya perlu membantu jentera serangan, begitu juga dengan penyerang perlu membantu pertahanan, menutup bahagian tengah.
Baginya hoki moden memerlukan segala aspek diaplikasi di atas papdang termasuk kecergasan  tinggi, kepantasan, fizikal, kemahiran dan taktikal.
Meskipun disenangi dalam pasukan, Shuk mengakui dia tiada rakan karib dalam pasukan kerana menjadi prinsip dirinya untuk bersahabat dengan semua.
Pemain ini juga tidak gemar lepak kerana masanya cukup terhad, perlu membahagikan masa dengan baik untuk latihan dan ulangkaji pelajaran.
Begitupun dia bebas dari jadual harian ketat sekiranya bersama pasukan kebangsaan menyertai kejohanan di luar negara, kerana tidak perlu menatap buku setiap kali selepas latihan.
Justeru, pemain ini berazam untuk memastikan pasukan negara melayakkan diri ke Piala Dunia di The Hague, Belanda tahun depan.


Mohamad Shukri Abdul Mutalib
Tarikh Lahir: 24 Februari 1986
Tempat Lahir: Trolak Utara
Adik Beradik: 7 (5 lelaki dua perempuan-anak kelima)
Pendidikan Awal: SK Trolak Utara
Pendidikan Menengah: Sekolah Sukan Bandar Penawar
Pendidikan Tinggi: Universiti Pertanian Malaysia UPM-Pendidikan Jasmani

Pengiktirafan Pemain Hoki

Penjaga Gol Hoki Malaysia S.Kumar diiktiraf pemain hoki terbaik Asia



S Kumar Pemain Hoki Terbaik Asia 2010
S Kumar Pemain Hoki Terbaik Asia 2010S Kumar Memperagakan Trofi yang diterimanya

PENJAGA gol negara, S Kumar diiktiraf sebagai pemain hoki terbaik Asia selepas menerima ‘mock check’ bernilai RM5,000 sebaik aksi penutup liga TNBMHL 2011 di Stadium Hoki Majlis Banda Raya Melaka Bersejarah (MBMB) Bukit Serindit. kelmarin.

Insentif terbabit disampaikan Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Nur Azmi Ahmad sebaik aksi penutup saingan antara KLHC dan TNB yang dimenangi KLHC, 3-0.


Bagi Kumar, ia adalah kemenangan semua pihak termasuk rakan sepasukan, jurulatih dan juga peminat hoki negara yang terus memberi sokongan padu kepadanya untuk memberikan aksi terbaik sehingga membantu kejayaannya muncul pemain terbaik Asia.

Mula mewakili negara pada 1998, dia beraksi penuh komitmen setiap kali menyarung jersi negara sambil tidak menduga pulangan lumayan yang terjelma termasuk muncul penjaga gol terbaik Asia.


Anugerah anjuran Kongres Persekutuan Hoki Asia nyata melonjak semangat bukan sahaja kepada dirinya malah generasi baru hoki negara untuk mempamer aksi cemerlang.


Pengiktirafan itu menjelma ketika pasukan hoki negara buat pertama kali layak ke final Sukan Asia Guangzhou 2010 sebelum tewas kepada Pakistan.-Metro 


Read more: http://www.oldtraffords.com/2011/02/kumar-pemain-hoki-terbaik-asia.html#ixzz2tr7OV3av

Tuesday 18 February 2014

Pengelolaan Pertandingan Hoki - Contoh

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN HOKI ANTARA RUMAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2014

TARIKH: 01-09-2014

ANJURAN :
PERMAINAN HOKI 1M1S,
 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN 
SERI JEMPOL


1.0 Pengenalan
          Setiap tahun Permainan Hoki akan menganjurkan satu pertandingan hoki antara rumah yang melibatkan para pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam dalam kalangan pelajar sekolah ini dan mendedahkan pelajar-pelajar tentang sukan hoki.Penganjuran pertandingan antara rumah merupakan tradisi sekolah untuk mengeratkan hubungan antara pelajar. Justeru, dengan penganjuran ini diharapkan para pelajar dapat mempelajari  serta menyerlahkan bakat mereka dalam sukan hoki.

2.0 Objektif 
       Memperkenalkan dan mempromosikan sukan hoki dalam kalangan pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman
       Memajukan sukan hoki sebagai sukan teras di peringkat sekolah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi
       Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dari segi rohani, jasmani, intelek dan sosial.
       Mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru.

3.0 Pengelola/penganjuran

          Ahli-ahli Permainan Hoki, SMK Seri Jempol

4.0 Tempat
          Padang Sekolah SMK Seri Jempol

5.0 Penglibatan & Penyertaan 
          4  rumah sukan terdiri daripada 18 orang pemain tingkatan 1-5

6.0 Tarikh & Masa
          1 September 2012
          Bermula jam 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang

7.0 Struktur Organisasi
          Rujuk Lampiran A

8.0 Tentatif Program
          Rujuk Lampiran B

9.0 Belanjawan
          Rujuk Lampiran C

10.0 Jadual Perlawanan
          Rujuk Lampiran D


11.0 Penutup
          Diharapkan pertandingan hoki antara ini akan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Semoga dengan usaha yang berterusan daripada pihak sekolah, kecemerlangan STAR dalam sukan hoki terus berjaya hingga masa akan datang.


Disediakan oleh:                                                                     

___________________________                             
Muhammad Afiq bin Azman
Pengerusi Permainan Hoki
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol                                 


Disemak oleh :

_____________________________
Puan Farah Alia
Ketua Guru Penasihat Permainan Hoki
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol



Disahkan oleh :

_____________________________
Encik Muhazir bin Mispami
Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol




LAMPIRAN C


Peruntukan yang dipohon adalah sebanyak RM 200

Bil

Perkara
Harga Seunit
Jumlah

1.


2.




Tempahan turf


Minuman(air mineral)

RM25 per jam (RM 25 X 4 jam)

RM 10  sekotak (RM 10 x 10 kotak)

 RM 100


RM 100



JUMLAH

RM 200




































LAMPIRAN A


AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN HOKI ANTARA RUMAH

Penasihat         :  En Shahnun bin Abdul Ghani

Pengerusi         :  Muhammad Afiq bin Azman

Timb Pengerusi : Muhammad Fadhil bin Mohamad Bakri

Setiuasaha        : Muhammad Najmi bin Rashidi

Bendahari         : Ghazian Azim bin Mohd Perwira

Ahli Jawatankuasa:

1.    Penyelaras peralatan    : Khairul Azani bin Samsudin
2.    Penyelaras padang       : Mohd Adham bin Adnan
3.    Penyelaras Pengadil     : Hairuddin bin Hasnee                 :
4.    Penyelaras Scoreboard : Saiful Ikmal bin Abu Halipah
5.    Penyelaras Ball picker   : Hafiz bin Hasnol Hairani











LAMPIRAN B
TENTATIF  PROGRAM

Masa
Program

12.00-12.30 tengah hari


Pendaftaran peserta

12.30-1.00 petang


Taklimat

1.00-3.00 petang


Pertandingan bermula

3.00-3.30 petang


Rehat

3.30-6.00 petang


Pertandingan bersambung

6.00 petang


Bersurai















LAMPIRAN D
JADUAL PERLAWANAN


Menang
Seri
Kalah
Jumlah mata
Rumah Biru




Rumah Hitam




Rumah Merah






Menang
Seri
Kalah
Jumlah mata
Rumah Putih




Rumah Hijau




Rumah Kuning





*nota –  Menang = 3 mata
             Seri        = 1 mata
            Kalah      =  0 mata