Monday, 17 February 2014

KESELAMATAN

KESELAMATAN 

3. PERSEDIAAN PEMAIN

Pastikan pemain melakukan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan permainan dan melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas bermain.

Aktiviti memanaskan badan:

v  Meningkatkan suhu   badan  (faktor utama  untuk  meningkatkan prestasi)
v  Meransang aktiviti sistem saraf pusat (meningkatkan fungsi transmisi saraf – kontraksi otot menjadi lebih efisyen)
v  Mengurangkan masa  reaksi
v  Meningkatkan koordinasi
v  Mengurangkan risiko kecederaan
v  Meningkatkan tahap motivasi dan persediaan psikologi.

Aktiviti gerak-kendur

v  Selepas aktiviti intensiti tinggi (latihan/pertandingan) terdapat jumlah darah yang banyak menuju ke jantung.
v  Jangan berhenti bergerak secara tiba-tiba kerana ini akan menyebabkan pengumpulan darah di vena pada kaki dan tangan. Ianya juga boleh mengganggu peredaran darah ke jantung, otak dan otot.
v  Pergerakan perlahan selama 5-10 minit (jalan, aktiviti aerobik intensiti rendah) boleh membantu menggalakkan peredaran darah – elak pening/ pengsan. Ini diikuti dengan senaman regangan (regangan statik).
v  Masa ini paling baik untuk senaman regangan kerana kebolehan otot memanjang secara maksimum dan dapat   membantu mengurangkan pengumpulan asid laktik

Penting : Sediakan First Aid Kit dan pastikan kandungan di dalamnya lengkap dan masih boleh digunakan.

4.  PERATURAN PERMAINAN

Bilangan pemain  sebanyak 11 orang setiap pasukan. Masa permainan dan rehat adalah mengikut pecahan 35 – 5 – 35.

v  Memulakan permainan:
o    di awal permainan dan separuh masa kedua
o   permainan dihentikan  atas kesalahan yang  dilakukan oleh satu pihak
o   kesalahan serentak oleh kedua-dua   pihak (bully) selepas gol dijaringkan

v  Pemain tidak dibenarkan:      
o   menggunakan bahagian belakang kayu
o   bermain tanpa kayu sendiri   
o   menggunakan kayu untuk menakutkan pemain lain
o   mengangkat kayu melepasi kepala lawan     
o   menaikkan bola dan membahayakan pemain lawan
o   bermain dengan cara  yang bahaya

v  Penjaga Gol (dalam kawasan “D”) boleh :
o   Menendang bola
o   Menahan bola dengan mana-mana bahagian badan
o   menghentikan bola dengan kayu melepasi bahu

v  Menghadang
o   menggunakan mana-mana bahagian badan atau kayu untuk menghalang pihak lawan dari merampas bola tanpa memainkan bola
o   berlari  di antara rakan pembawa bola dengan pihak lawan   (third party obstruction).

v  Penalti
o   Pukulan percuma
o   Kesalahan yang tidak  disengajakan di luar kawasan “D”
o   Kesalahan yang dilakukan antara kedua-dua garisan 23m.

v  Pukulan sudut penalti
o   Kesalahan yang tidak  disengajakan dalam  kawasan “D”
o   Kesalahan yang disengajakan di antara garisan “D”  dan garisan 23m

v  Strok Penalti
o   Kesalahan yang disengajakan dalam kawasan “D”
o   Kesalahan yang tidak  disengajakan tapi boleh menghasilkan gol jika tidak berlaku kesalahan.

v  Amaran
o   hijau (penggantungan sementara 2 minit masa diambil kira apabila pemain duduk di kerusi yang  disediakan khas di tempat teknikal.
o   kuning (penggantungan sementara- minima 5 minit  )
o   merah  (Penggantungan tetap)

Penting            : Sediakan First Aid Kit dan pastikan kandungan di dalamnya lengkap dan masih boleh digunakan.

No comments:

Post a Comment