PROFIL MOHD SHUKRI MUTALIB
Meskipun sedar sukar untuknya mendapatkan segulung ijazah dalam waktu yang singkat kerana bergiat aktif dalam hoki antarabangsa, Shuk atau nama sebenarnya Mohamad Shukri Abdul Mutalib tetap menyimpan impian memburu cita-cita beraksi di Piala Dunia dan Sukan Olimpik.
Pemuda berusia 27 tahun kelahiran Trolak, Perak ini sudah enam tahun menuntut dalam bidang perguruan-Pendidikan Jasmani di Universiti Putra Malaysia, berharap cita-citanya beraksi di dua kejohanan termasyhur itu akan tercapai sekali gus menjadi tonik terbaik untuk dia menamatkan kerjaya sebagai pemain hoki dan membuka lembaran sebagai guru sukan yang berjaya kelak.
Anak kelima daripada tujuh beradik ini dipengaruhi latar belakang keluarga yang yang aktif dalam sukan apabila dua abangnya bermain hoki sejak sekolah rendah lagi.
Shuk mula mewakili sekolah ketika berusia 10 tahun lagi, memiliki 177 cap sejak mewakili negara dalam skuad senior pada usia 18 tahun, pada 2004.
Berada dalam pasukan yang muncul naib juara Sukan Asia 2010 menjadi kenangan manis buatnya namun kejayaan itu juga menjadi kenangan paling pahit buatnya kerana gagala melayakkan diri ke Sukan Olimpik London 2012 daripada slot juara Asia.
Kini dia bersama lagi pemain yang berada dalam skuad itu, SMohd Shahrun Nabil Abdulah, Azlan Misron, Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil dan Nabil Fiqri Mohd Noor masih menjadi tonggak skuad kebangsaan bimbingan Paul Revington yang memburu tempat ke Piala Dunia, menerusi kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, di Taman Daya, Johor Bahru.
Pemain pendiam tetapi mudah mesra ini bagaimanapun tidak lokek berkongsi pengalaman apabila diajukan soalan mengenai hoki, sukan kegemarannya.
Baginya, sejak 10 tahun lalu, sukan ini mengalami banyak perubahan. Dia yang bermain di posisi bek kanan tidak lagi memainkan peranan bertahan semata-mata sebaliknya perlu membantu jentera serangan, begitu juga dengan penyerang perlu membantu pertahanan, menutup bahagian tengah.
Baginya hoki moden memerlukan segala aspek diaplikasi di atas papdang termasuk kecergasan tinggi, kepantasan, fizikal, kemahiran dan taktikal.
Meskipun disenangi dalam pasukan, Shuk mengakui dia tiada rakan karib dalam pasukan kerana menjadi prinsip dirinya untuk bersahabat dengan semua.
Pemain ini juga tidak gemar lepak kerana masanya cukup terhad, perlu membahagikan masa dengan baik untuk latihan dan ulangkaji pelajaran.
Begitupun dia bebas dari jadual harian ketat sekiranya bersama pasukan kebangsaan menyertai kejohanan di luar negara, kerana tidak perlu menatap buku setiap kali selepas latihan.
Justeru, pemain ini berazam untuk memastikan pasukan negara melayakkan diri ke Piala Dunia di The Hague, Belanda tahun depan.
Mohamad Shukri Abdul Mutalib
Tarikh Lahir: 24 Februari 1986
Tempat Lahir: Trolak Utara
Adik Beradik: 7 (5 lelaki dua perempuan-anak kelima)
Pendidikan Awal: SK Trolak Utara
Pendidikan Menengah: Sekolah Sukan Bandar Penawar
Pendidikan Tinggi: Universiti Pertanian Malaysia UPM-Pendidikan Jasmani
Mohamad Shukri Abdul Mutalib
Tarikh Lahir: 24 Februari 1986
Tempat Lahir: Trolak Utara
Adik Beradik: 7 (5 lelaki dua perempuan-anak kelima)
Pendidikan Awal: SK Trolak Utara
Pendidikan Menengah: Sekolah Sukan Bandar Penawar
Pendidikan Tinggi: Universiti Pertanian Malaysia UPM-Pendidikan Jasmani
No comments:
Post a Comment