Mengelecek bola
Kemahiran mengelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambil melepasi pemain lawan. Aspek yang perlu dititik beratkan semasa melakukan kemahiran ini ialah kepantasan dan kemahiran mengacah dengan menggunakan pergerakan badan dan kayu. Bola sentiasa berada di hadapan badan dan digerakkan dari sisi ke sisi. Terdapat 3 cara dalam menggelecek bola iaitu:-
a) Menggelecek longgar
b) Menggelecek rapat
c) Mengelecek Indian
Mengelecek longgar
Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola.
Cara untuk mengelecek longgar
Menggelecek rapat
Menggelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk menghantar bola kepada rakan.
Cara untuk menggelecek rapat
Menggelecek Indian
Menggelecek India adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam permainan hoki.Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan badandengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan bola.
Cara untuk menggelecek indian
No comments:
Post a Comment