PERATURAN PERMAINAN
HOKI KEJOHANAN HOKI MSSM 2013
Pertandingan Hoki MSSM
dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh
’THE
RULES OF THE GAME OF HOCKEY’ sebagaimana yang ditetapkan oleh
’THE
INTERNATIONAL HOCKEY RULES BOARD’ dan Peraturan Am MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA.
1. NAMA PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan ini akan dikenali sebagai
PERTANDINGAN
HOKI MSSMALAYSIA.
1.2 Pertandingan ini akan dikelolakan oleh MSS Negeri yang dilantik oleh Urusetia MSS
Malaysia.
2.
PENGURUSAN
2.1 Kejohanan Hoki MSSM ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah dibawah
kelolaaan Jawatankuasa Pengelola MSS Negeri. Sungguhpun demikian, pengelolaan
kejohanan ini dari hari ke hari adalah dibawah tanggungjawab Jawatankuasa Kecil
Teknik dan Pertandingan yang meliputi tugas-tugas berikut:
2.1.1 Menentukan peraturan-peraturan pertandingan dipatuhi
2.1.2 Menjaga masa
2.1.3 Menguruskan padang permainan
2.1.4 Pencatatan
2.1.5 Perlantikan Lembaga Tatatertib/Juri Rayuan/Pegawai Teknik/Pengadil
2.1.6 Tatatertib Pegawai / Pemain
2.1.7 Bantahan
2.2 Pengarah Pertandingan dan Penolong-Penolongnya akan dilantik oleh MSSM
3.
PENYERTAAN
3.1 Semua MSS Negeri yang dibawah naungan MSSM layak menyertai KejohananHoki MSSM.
3.2 Kategori yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut:
3.2.1 Perempuan 12 tahin kebawah
3.2.2 Lelaki 12 tahun kebawah
3.2.3 Perempuan 18 tahun kebawah
3.3.4 Lelaki 18 tahun kebawah
KELAYAKAN TARIKH LAHIR
4.1 Sila rujuk Peraturan Am ( 4 ) MSSM.
4.2 Pemain hendaklah berumur 18 dan 12 tahun ke bawah bagi kategori masing-masing
pada 1 Januari tahun pertandingan tersebut. Selain daripada itu, ia juga tertakluk
kepada Peraturan Am MSSM Bil 4, iaitu had umur peserta (rujuk Peraturan Am MSSM
Bil. 4.4 hingga 4.7).
4.3 Kelayakan tambahan mengenai status pelajar peserta adalah seperti dalam
Peraturan Am MSSM 3.1 dan 3.2.
4.4 Kelayakan pemain dari tingkatan 6 berdasarkan Peraturan Am MSSM.
5 . PENDAFTARAN
5.1 Setiap pasukan boleh mendaftar 18 pemain sahaja dalam Borang Pendaftaran
Rasmi M 02 atau R 02 dan
hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agung MSS Negeri masing-masing. Segala
maklumat dalam borang pendaftaran tersebut perlu dilengkapkan. Borang yang
tidak lengkap tidak akan diterima.
5.2 Semua pemain hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Individu (BorangR01
/ M 01) secara individu beserrta gambar berukuran paspot yang terkini dengan
menyertakan salinan kad pengenalan / sijil kelahiran yang disahkan olehPengetua
/ Guru Besar / Penolong Kanan sekolah peserta berkenaan dengan pengesahan
terakhir oleh Pengurus Pasukan serta Setiausaha Agung MSSNegeri masing-masing.
5.3 Semua peserta kecuali peringkat umur bawah 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia
menunjukkan kad pengenalan asal jika diminta oleh pihak pengelola pertandingan.
Seseorang yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai dokumen
JPN/KP09/KPPK
09 dengan ganbar dari
Jabatan Pendaftaran Negara. Manakala peserta yang sedang memohon mendapatkan kad
pengenalan pertama perlu menunjukkan dokumen JPN/KP 11/KPPK 11 dengan
ganbar dariJabatan Pendaftaran Negara.
5.4 Pendaftaran pemain baru atau sebarang perubahan mestilah dibuat semasa Mesyuarat
Pengurus Pasukan.
6 PAKAIAN
6.1 Tiap-tiap pasukan dikehendaki mendaftar 2 pasang Jersi yang berlainan warna dan
bernombor 1 hingg 18 satu set. Jersi semua pemain hendaklah bernombor di
belakang (kecuali penjaga gol dihadapan dan dibelakang).
6.2 Pemain-pemain hendaklah didaftarkan mengikut nombor baju yang dipakainya
sepanjang pertandingan ini tanpa mengira apa jua kedudukan pemain tersebut akan
bermain. Nombor baju hendaklah dinyatakan disebelah nama pemain didalam senarai
pendaftaran.
6.3 Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang berwarna sama, maka satu pasukan
mestilah menukar jersinya. Pasukan yang namanya tercatat dahulu dalam Jadual
Pertandingan dikehendaki menukar jersinya. Pengurus Pasukan diminta berbincang
dengan Pengurus Pasukan lawan sebelum perlawanan untuk mengelak persamaan
warna
6.4. Pemain-pemain bagi semua peringkat umur diwajibkan
memakai ’shin-pad’.
Shin-pad ini perlu
diliputi sepenuhnya dengan stoking.
6.5 Senarai nama pemain hendaklah diserahkan kepada Pegawai Teknik 15 minit sebelum
sesuatu perlawanan dimulakan.
6.6 Jika ada pemain yang memakai/menggunakan
’leotards’ warnanya mesti sama
dengan seluar / skirt
atau stoking yang dipakai.
6.7 Jika ada pemain perempuan memakai skaf, ia mestilah sama dengan warni jersi
atau berwarna hitam
tanpa mempunyai ’corak’ iaitu ’ plain colour’ sahaja.
Pemakaian topi tidak
dibenarkan.
6.8 Pemakaian topi, pengikat kepala (headband) dan skaf tidak dibenarkan untuk
pemain lelaki..
6.9 Jersi Penjaga Gol mestilah dari warna yang lain dan berlainan dari jersi kedua-dua
pasukan serta bernombor di hadapan dan di belakang.
6.10 Ketua Pasukan perlu
memakai lilitan tangan (armband) atau riben yang disediakan oleh
pasukan masing-masing sepanjang perlawanan.
6.11 Penjaga Gol mesti memakai Pelindung Kepala ( Helmet ) sepanjang perlawanan,
kecuali semasa mengambil Pukulan Penalti ( Penalty Stroke ), Pelindung Dada
(Chest Guard ). Penjaga Gol mesti diliputi sepenuhnya oleh jersinya.
6.12 Penjaga Gol yang digantung boleh diganti dengan Penjaga Gol yang lain yangdidaftar.
Jika demikian, seorang pemain padang mesti dikeluarkan terlebihdahulu. Pilihan
untuk menggantikan Penjaga Gol yang digantung dengan pemainyang lain
dibenarkan. Pemain yang mengganti Penjaga Gol mesti memakai pelindung kepala
sepanjang masa perlawanan.
6.13 Semua pemain perlu memakai jersi dengan kemas sepanjang perlawanan.
7. SISTEM PERTANDINGAN
Sistem Pertandingan
dijalankan mengikut Peraturan Am MSSM Bil 11.
8. CARA-CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
8.1 Pemberian mata setiap perlawanan adalah seperti berikut:
8.1.1 Menang - 3 mata
8.1.2 Seri - 1 mata
8.1.3 Kalah - 0 mata
8.2 Kedudukan pasukan akan ditentukan berdasarkan jumlah mata yangdikumpulkan
oleh setiap pasukan.
8.3 Jika di akhir pertandingan dalam kumpulan sama, maka kedudukan pasukanakan
ditentukan berpandukan kepada PERBEZAAN
GOL (GOAL DIFFERENCE), bilangan gol yang dijaringkan ditolak
bilangan gol yang kena jaring.
8.4 Jika kedudukan masih sama, pasukan yang telah menjaringkan
GOLTERBANYAK akan dikira menang.
8.5 Jika lebih dari satu pasukan mempunyai mata yang sama, maka kedudukan
pasukan akan ditentukan berdasarkan BILANGAN
KEMENANGAN
8.6 Jika kedudukan masih sama, pasukan yang telah
MENGALAHKAN LAWANNYA
diperingkat kumpulan
dikira menang
8.7 Jika masih sama kedudukan akan diputuskan menerusi pertandingan
’penaltyshoot-out’.
8.8 Jaringan sendiri (Own Goal) dalam Hoki diambilkira
9 SISTEM PUKULAN ’PENALTY SHOOT-OUT’
(
Suku Akhir,Separuh Akhir dan Akhir)
9.1 Pengadil akan menentukan
pintu gol mana ’penaltyshoot-out’ hendak dijalankan.
9.2 Pengadil akan membuat undian. Pasukan yang menang dalam undian akan
membuat pilihan sama ada memulakan ’penalty shoot -out’ atau bertahan dahulu
9.3 Lima (5) pemain dari kedua-dua pasukan akan mengambil
’penalty shoot-out’
berselang-seli
terhadap penjaga gol lawan.
9.4 Pengurus pasukan akan menentukan susunan pemain yang akan mengambil
’penalty shoot-out’ bagi
pasukan masing-masing.
9.5 Jika jaringan
’penallty shoot -out adalah sama
selepas lima (5) ’penalty shoot -out
diambil oleh kedua-dua pasukan, ’penalty shoot-out’ ‘SUDDENDEATH’ akan dijalankan sehingga terdapat pemenang.
9.6 Susunan kedudukan pemain yang mengambil
’penalty shoot-out’ secara ’SUDDEN DEATH’ tidak perlu mengikut turutan ’penalty shoot-out’
awal tetapidiambil oleh lima (5) pemain yang sama
9.7 Pasukan yang tidak memulakan
’penalty shoot-out’ pada peringkat awal akan mengambil ’penalty shoot-out’ pertama dalam ’penalty shoot-out’ ’SUDDENDEATH’
9.8 Pemain-pemain yang telah didaftarkan boleh mengambil bahagian dalam
pertandingan ‘penalty shoot-out’ kecuali
pemain-pemain yang digantung kekal(Players of Permanent Suspension)
9.9 Penjaga Gol
boleh ditukarkan pada bila-bila masa
9.10 Penjaga Gol diwajibkan memakai Pelindung Kepala semasa mempertahankangolnya
semasa ’penalty shoot-out’
.9.11 Masa untuk ’penalty shoot-out’ adalah seperti
berikut:
Lelaki 18 TKB = 8 saat Perempuan 18 TKB = 10 saat
Lelaki 12 TKB = 10 saat Perempuan 12 TKB = 10 saat
10. MASA PERLAWANAN
10.1 Tempoh masa bagi satu perlawanan adalah seperti berikut:
10.1.1 Bawah 18 tahun
Lelaki dan Perempuan 35 minit setiap separuh masadan rehat 5 minit. (35 :
5 : 35)
10.1.2 Bawah 12 tahun
Lelaki dan Perempuan 25 minit setiap separuh masadan rehat 5 minit. (25 :
5 : 25)
Perlawanan akan dijalankan seperti yang dijadualkan. Jika ada pasukan yanggagal
turun ke padang permainan selepas masa yang ditetapkan, tempohpenangguhan
(grace period) selama
15 minit
akan diberi kepada
pasukantersebut. Jika pasukan tersebut masih gagal untuk hadir tanpa alasan
yangmunasabah, maka pasukan tersebut dikira memberi
’Walk
-
Over’
. Pasukan yanghadir akan
dikira menang. Tempoh penangguhan selama 15 minit hanya diberisekali
sahaja.10.3 Keputusan memberi kemenangan percuma juga akan diputuskan oleh Pengadilterhadap
pasukan yang gagal menurunkan sekurang-kurangnya
sembilan (9)
pemain
pada satu-satu
perlawanan.
10.4 Dalam perlawanan suku akhir,
separuh akhir dan akhir, jika kedudukan seriselepas
perlawanan tamat maka tambahan masa akan dijalankan seperti berikut:Bawah 18 tahun : 7 ½ : 7 ½ minitBawah 12 tahun : 5 ½ : 5 ½ mimit
10.5 Walau bagaimana pun di dalam tempoh masa tambahan perlawanan akandiberhentikan
sekiranya satu pasukan telah terdahulu menjaringkan gol.Pasukan itu akan dikira
sebagai pemenang tersebut (Golden Goal
Rule)
10.6 Sekiranya keputusan masih
seri selepas tempoh masa tambahan, satupertandingan
’penalty
shoot-
out’
diadakan (lihat
peraturan 9) bagi mendapatkanpemenang perlawanan tersebut.
11. PENGGANTIAN PEMAIN (ROLLING SUBSTITUTION)
11.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 7
pemain gantian semasa satu perlawanan.
11.2 Semua pemain yang terlibat dalam prosedur gantian haruslah dari senarai
pemain yang telah didaftarkan dan disahkan.
11.3 Pemain yang digantung (suspended) tidak boleh digunakan sebagai pemain
gantian
11.4 Pasukan tidak dibenarkan menggunakan lebih daripada seorang penjaga goldalam
senarai pemain utama semasa sesuatu perlawanan dijankan.
11.5 Gantian pemain akan hanya dibenarkan dengan persetujuan Pegawai Teknikalyang
bertugas dan dilakukan selepas pemain dari pasukan yang sama telahkeluar
padang.
11.6 Pemain dikehendaki keluar dan masuk padang dari kawasan di
hadapan mejateknikal melainkan penggantian pemain yang cedera di mana
Pegawai Teknikal /Pengadil yang akan menguruskannya
11.7 Masa tidak akan
diberhentikan untuk melakukan penggantian melainkan penggantian
untuk pemain yang cedera atau penggantian penjaga gol dimana ia
ditentukan oleh pengadil perlawanan.
11.8 Seorang pemain yang digantung (suspended) tidak boleh digantikan dalamtempoh
penggantungan
11.9 Seorang penjaga gol boleh digantikan dengan penjaga gol simpanan dengan
syarat gantian itu dilakukan terhadap seorang pemain dalam pasukan itu yang sedang
bernain (Field Player).
11.10 Penggantian pemain
tidak boleh dilakukan semasa pengambilan pukulan sudutpenalti dan
pukulan penalti strok (penalty corner and penalty stroke)
12
PENANGGUHAN
12.1 Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkantetapi
sekiranya pada pendapat Pengarah Pertandingan, keadaan padang tidaksesuai untuk
sesuatu perlawanan ataupun ditangguhkan kerana sebab-sebabyang tidak dapat
dielakkan maka perlawanan itu akan dijalankan di tempat danpada masa yang akan
ditetapkan oleh Pengarah Pertandingan. KeputusanPengarah Pertandingan dalam hal
ini adalah muktamad.
12.2 Jika selepas bermain separuh masa iaitu 35 minit bagi kategori bawah 18 tahun
dan 25 minit bawah 12 tahun permainan diberhentikan atas sebab-sebab yangtidak
dapat dielakkan, maka permainan itu dianggap telah tamat tempoh permainannya
dan kedudukan jaringan masa itu akan diambil kira.
12.3 Jika permainan diberhentikan sebelum 35 minit bagi bawah 18 tahun dan
25minit bagi bawah 12 tahun maka permainan itu akan disambung dari masa
iadiberhentikan dengan kedudukan kekal sebulum permainan ditangguhkan disuatu
tempat dan masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal
danPertandingan.
13
TATATERTIB
Tatatertib pegawai dan
pemain adalah pada amnya di bawah bidang kuasaJawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan. Tindakan berikut boleh diambil semasa pertandingan dijalankan.
13.1 Pemain
13.1.1 Sistem mata ‘demerit’ yang berikut akan
dikuatkuasakan untuk
tindakan tatatertib yang
diambil sepanjang pertandingan ini
dijalankan.
KAD HIJAU = 2 MATA
KAD KUNING = 4 MATA
KAD MERAH = 8 MATA
13.1.2 Tindakan-tindakan
tatatertib yang berikut adalah dijalankan
mengikut system mata
‘demerit’
08
mata demerit : PENGGANTUNGAN 1 PERLAWANAN
12
mata demerit : PENGGANTUNGAN 2 PERLAWANAN
16
mata demerit : PENGGANTUNGAN 3 PERLAWANAN
20
mata demerit : PENGGANTUNGAN UNTUK BAKI PERTANDINGAN
Interpritasi
Jika seseorang pemain
telah mengumpul 08 mata demerit,menerima satu kad kuning dalam satu perlawanan
lain, pemainitu akan digantung untuk SATU
perlawanan. Walaupun jadual diatas menentukan penggantungan DUA perlawanan
untuk 12 mata demerit, sebab pemain itu digantung SATU perlawanan sahaja
adalah kerana pemain itu sudah pun menjalani penggantungan SATU perlawanan
setelah mengumpul 08 mata demerit. Mata demerit seseorang pemain akan kekal
sepanjang pertandingan walaupun seseorang pemain telah pun menjalani penggantungan
perlawanan dan akan dibawa ke perllawananyang berikutnya. PegawaiMana-mana wakil yang bertanggungjawab
mengenai pasukannya yang mempersoalkan keputusan Jawatankuasa Teknikal
danPertandingan/Pengadil dan didapati menggangu perjalanan pertandingan akan
diberi amaran dan jika perlu dilaporkan kepadaLembaga Tatatertib MSSM.
14 KEBENARAN MEMASUKI PADANG
14.1 Hanya pemain
dan pengadil yang terlibat dalam perlawanan dibenarkan masukke
padang permainan kecuali terdapat kecederaan pada pemain dan itu punapabila
dibenarkan oleh pengadil yang bertugas dalam perlawanan tersebut.
14.2 Komunikasi atau arahan dari Pegawai Pasukan dan
pemain di luar padang permainan tidak boleh ditujukan terhadap
Pengadil atau pemain dari pasukan lawan.
14.3 Empat (4) Pegawai Pasukan dan tujuh (7) pemain simpanan yang didaftar untuk
perlawanan mesti berada di Bangku Pasukan pada masa perlawanan, termasuk masa
penangguhan ( Time Stoppages ), kecuali Pegawai Teknik atau Pengadilmemberi
arahan sebaliknya atau memberi rawatan ke atas pemain yang cegera.Pengurus
Pasukan bertanggungjawab memastikan tingkalau pasukannya danduduk paling hampir dengan
Meja Teknikal bersama jurulatihnya.
14.4 Pegawai atau
pemain yang tidak didaftarkan untuk pertandingan tidakdibenarkan
duduk di bangku pemain.
14.5 Pegawai Teknik yang bertugas, selepas memberi amaran kepada Pengurus
Pasukan kerana salah laku pegawai atau pemain berkuasa untuk mengarahkan pegawai
atau pemain tersebut meninggalkan Bangku Pemain. Jika pegawai atau pemain
yang diarah keluar dari bangku pemain enggan berbuat demikian,tindakan disiplin
boleh dikenakan oleh Jawatankuasa Teknikal selepasperlawanan tersebut.
15
KECEDERAAN
15.1 Jika berlaku kecederaan, Pengadil yang paling hampir pada pemain yang cedera
perlu memastikan samada bantuan perubatan diperlukan.
15.2 Jika bantuan perubatan diperlukan, Pengadil tersebut akan memberi isyarat
kepada Pengurus Pasukan masuk ke padang
15.3 Rawatan kepada pemain yang cedera tidak dibenarkan dibuat di dalam padang
permainan.
15.4 Jika pemain yang cedera mengalami kelukaan, maka pemain tersebut mestidikeluarkan
dari padang permainan untuk rawatan selanjutnya.
15.5 Pemain dengan luka berdarah tidak dibenarkan masuk ke padang permainanmelainkan
luka itu telah diubati dengan tidak ada kesan darah ynag mengalir keluar
dari luka.
16 JAWATANKUASA TEKNIKAL
16.1 Semua bantahan atau tindakan
disiplin mesti dirujuk kepada JawatankuasaTeknikal yang
dilantik untuk pertandingan ini.
16.2 Jawatankuasa Teknikal bertanggungjawab untuk
16.2.1 memberi amaran
kepada pegawai atau pemain terbabit
16.2.2 mengambil tidakan
tegas terhadap pegawai atau pemain terbabit
16.2.3 mengantung
satu atau lebih perlawanan terhadap pegawai atau pemainterbabit
16.2.4 mengenakan denda
16.3 Pegawai atau Pemain yang
dirujuk kepada Jawatankuasa Teknikal tidakbenarkan berada di
bangku pemain atau bermain selagi Jawatankuasa Teknikalmembuat keputusan
terhadap kesnya.
17 JADUAL PERLAWANAN
17.1 Jadual Perlawanan bagi pertandingan ini akan disediakan oleh Jawatankuasa
Pengelola.
17.2 Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak untuk membuat perubahan padaJadual
Perlawanan jika perlu.
18 LANTIKAN PENGADIL
18.1 Jawatankuasa Teknikal dan Pengelola bertanggungjawab melantik pengadil-pengadil
untuk pertandingan ini.
18.2 Keputusan Pengadil adalah
MUKTAMAD dan TIDAK boleh dipertikaikan.
18.3 Sebarang bantahan terhadap lantikan pengadil-pengadil
TIDAK akan dilayan.
18.4 Keputusan untuk menghentikan atau menangguhan perlawanan akan dibuatoleh
pengadil-pengadil yang mengadili perlawanan tersebut
19.
BANTAHAN
19.1 Sila rujuk Peraturan Am (13) MSSM
19.2 Jika ada
bantahan, ianya akan ditujukan kepada Perwakilan Teknikal ataupenolongnya
yang bertugas secara lisan dalam masa 10 minit selepas tamatnyasesuatu
perlawanan. Bantahan secara bertulis dalam Borang Bantahan Rasmidengan wang
cagaran RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus) hendaklahdiserahkan oleh Pengurus
Pasukan atau wakilnya dalam masa setengah (1 ½ jam) selepas bantahan secara
lisan dibuat. Bantahan tidak dipertimbangkan jikadibuat selepas masa yang
ditetapkan. Wang cagaran tidak akan dikembalikansekiranya bantahan tidak
berasas dan ditolak oleh Jawatankuasa Teknikal.
19.3 Keputusan secara bertulis akan diberitahu oleh Jawatankuasa Teknikal kepadasemua
pihak dan Pegawai Pertandingan dalam masa tidak kurang 1 jam daritamatnya
sesuatu perlawanan
19.4 Pengarah Pertandingan atau penolongnya akan memberitahu Pengerusi JuriRayuan
dengan serta merta mengenai bantahan tersebut. Pihak Juri Rayuanakan mesyuarat
dan memberi keputusan dengan secepat mungkin. KeputusanJuri Rayuan adalah
muktamad
20.
KELEWATAN
Setiap pasukan mestilah
berada di padang permainan 10 minit sebelum masa yang telahditetapkan bagi
sesuatu perlawanan.
21. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
16.1 Sila rujuk Peraturan Am (23) MSSM
16.2 Sekiranya sesebuah pasukan menarik
diri atau menyerlah kalah dengan sengajadaripada
pertandingan, semua keputusan perlawanan yang dimaikan olehpasukan itu akan
dibatalkan dan pasukan itu tidak akan dibenarkan memasukisebarang perlawanan
seterusnya.
22. JURI RAYUAN
Sila rujuk Peraturan Am
(14) MSSM
23. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Perkara-perkara yang
tidak dinyatakan di dalam peraturan pertandingan ini akandiuruskan oleh
Jawatankuasa Pengelola yang mana keputusannya adalah muktamad
No comments:
Post a Comment