Tuesday, 18 February 2014

Teknik Memukul Bola Hoki

Memukul bola

Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola kepada rakannya pada jarak yang agak jauh atau membuat pukulan ke arah gol. Bagi tujuan pukulan, perkara yang perlu dititikberatkan adalah ketepatan arah dan kederasan bola. Ketepatan arah bola ditentukan dengan kedudukan bahu dan kaki sementera kederasan bola ditentukan dengan daya pukulan daripada kedua-dua belah tangan dan pemindahan berat badan.

Picture
  • Pegang kayu dengan kuat. Tangan kiri di
atas tangan kanan.Bahu kiri menghadap
sasaran. Bola berada selari dengan kaki kiri.
Mulakan aksi dengan hayunan ke belakang

Picture
  • Hayun kayu ke arah bola dan pindahkan berat badan ke kaki depan. Bengkokkan lutut semasa melakukannya. Mata memandang bola. Kontak bahagian belakang bola.

Picture
  • Ikut lajak, kayu dituju sehala dengan sasaran. Berat badan dipindahkan ke hadapan.



No comments:

Post a Comment