Monday 17 February 2014

Pakaian Pemain Hoki

Pakaian Pemain Hoki




Pakaian Pemain Hoki



Pakaian Penjaga Gol






PAKAIAN PEMAIN HOKI

1.Pakaian 

Semua pemain diwajib memakai ‘shinguard’ sepanjang perlawanan. Semua pemain diwajibkan memasukkan jersi ke dalam skirt (wanita) / seluar (lelaki) sepanjang perlawanan. Jika pemain memakai tambahan ia hendaklah dari warna yang sama. Setiap pasukan dikehendaki membawa dua set jersi yang berlainan warna dan setiap jersi hendaklah bernombor dari nombor 1 hingga 16. Jersi Penjaga Gol hendaklah bernombor di belakang dan di hadapan. Sekiranya terdapat kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama, maka satu daripada pasukan hendaklah menukar  jersinya dengan cara pengundian. Pengurus-pengurus pasukan diminta menentukan jersi lawannya terlebih awal bagi mengelakkan jersi yang sama warna.
Picture

Picture

PERALATAN PEMAIN (padang)



Kasut
Jenis Tapak Kasut di astroturf

Shinguard 
Topeng Muka
Digunakan pemain pertahanan
semasa pukulan sudut penalti
Sarung Tangan (sepasang)
Sarung Tangan Sebelah Shaja
Picture






2. Alatan penjaga gol

Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai perlindungan badan yang sesuai. Penjaga perlu memakai ped di kaki dari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped mestilah ringan untuk membantu pergerakan penjaga gol. Sarung tangan penjaga gol diperbuat daripada kulit dan plastik. Ia berfungsi untuk melindungi tangan dan memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola. Selain itu, alatan lain yang perlu adalah pelindung dada, pelindung bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berpad, pelindung mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindung badan dan bahu untuk melindungi tubuh badan dan dipakai di bawah jersi penjaga gol. Pelindung mulut pula bertujuan untuk melindungi mulut dan gusi daripada cedera. Pelindung muka adalah wajib bagi penjaga gol kecuali semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka, kepala dan kerongkong. Bagi memudahkan penjaga gol melungsur di atas permukaan gelanggang sintetik ia perlu memakai seluar yang mempunyai ped.
Picture
3. Kasut

Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis kasut yang sesuai.  Namun, kasut-kasut yang membahayakan pemain lain seperti kasut yang mempunyai pancang (spikes) tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali.  Kasut yang mempunyai tetungku getah amatlah digalakkan.  Kasut khas turut digunakan ketika pemain bermain di atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain.
Picture

No comments:

Post a Comment