Tuesday 18 February 2014

Teknik Mengelecek Bola Hoki

Mengelecek bola

Kemahiran mengelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambil melepasi pemain lawan. Aspek yang perlu dititik beratkan semasa melakukan kemahiran ini ialah kepantasan dan kemahiran mengacah dengan menggunakan pergerakan badan dan kayu. Bola sentiasa berada di hadapan badan dan digerakkan dari sisi ke sisi. Terdapat 3 cara dalam menggelecek bola iaitu:-

a) Menggelecek longgar
b) Menggelecek rapat
c) Mengelecek Indian

Mengelecek longgar

Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola.

Cara untuk mengelecek longgar

  • Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar.  Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan.
  • Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.
  • Mata memandang bola ketika membuat tolakan.
  • Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.
  • Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah.


Menggelecek rapat

Menggelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk menghantar bola kepada rakan.

Cara untuk menggelecek rapat

  • Pegangan seperti menggelecek longgar.
  • Badan juga seperti menggelecek longgar
  • Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan bergerak  sambil mengkaji situasi padang.
  • Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh kayu hoki.

Menggelecek Indian

Menggelecek India adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam permainan hoki.Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan badandengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan bola.

Cara untuk menggelecek indian


  • Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa.  Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki.  Tangan kanan memegang dengan longgar.
  • Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu.
  • Mata seperti menggelecek rapat.
  • Badan mengikut pergerakan bola.
  • Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada masa kanan menyentuh tanah.

No comments:

Post a Comment