Thursday 20 February 2014

Pengiktirafan Pemain Hoki

Penjaga Gol Hoki Malaysia S.Kumar diiktiraf pemain hoki terbaik Asia



S Kumar Pemain Hoki Terbaik Asia 2010
S Kumar Pemain Hoki Terbaik Asia 2010S Kumar Memperagakan Trofi yang diterimanya

PENJAGA gol negara, S Kumar diiktiraf sebagai pemain hoki terbaik Asia selepas menerima ‘mock check’ bernilai RM5,000 sebaik aksi penutup liga TNBMHL 2011 di Stadium Hoki Majlis Banda Raya Melaka Bersejarah (MBMB) Bukit Serindit. kelmarin.

Insentif terbabit disampaikan Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Nur Azmi Ahmad sebaik aksi penutup saingan antara KLHC dan TNB yang dimenangi KLHC, 3-0.


Bagi Kumar, ia adalah kemenangan semua pihak termasuk rakan sepasukan, jurulatih dan juga peminat hoki negara yang terus memberi sokongan padu kepadanya untuk memberikan aksi terbaik sehingga membantu kejayaannya muncul pemain terbaik Asia.

Mula mewakili negara pada 1998, dia beraksi penuh komitmen setiap kali menyarung jersi negara sambil tidak menduga pulangan lumayan yang terjelma termasuk muncul penjaga gol terbaik Asia.


Anugerah anjuran Kongres Persekutuan Hoki Asia nyata melonjak semangat bukan sahaja kepada dirinya malah generasi baru hoki negara untuk mempamer aksi cemerlang.


Pengiktirafan itu menjelma ketika pasukan hoki negara buat pertama kali layak ke final Sukan Asia Guangzhou 2010 sebelum tewas kepada Pakistan.-Metro 


Read more: http://www.oldtraffords.com/2011/02/kumar-pemain-hoki-terbaik-asia.html#ixzz2tr7OV3av

No comments:

Post a Comment