Tuesday 18 February 2014

Sistem Permainan Hoki

SISTEM PERMAINAN

Sistem permainan hoki terbahagi kepada dua, iaitu 

  1. secara liga dan 
  2. kalah mati. 


Bagi secara liga, permainan dibahagi kepada dua kumpulan seperti kumpulan A dan kumpulan B. Kemudian, dibahagi pula kepada pusingan pertama, pusingan suku akhir, pusingan separuh akhir dan pusingan akhir. Seterusnya, johan kumpulan A akan bertemu dengan johan kumpulan B bagi pusingan akhir. Bagi penentuan pemenang ketiga dan keempat pula ditentukan melalui pusingan separuh akhir.

Manakala bagi secara kalah mati pula, pasukan yang kalah bagi sesuatu perlawanan akan dikeluarkan dari permainan dan pasukan yang menang akan bermain sehingga akhir. Bagi membuat keputusan secara liga dengan menggunakan mata iaitu menang 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata. Kemenangan secara liga ditentukan dengan mata terbanyak, tetapi jika seri kemenangan ditentukan secara perbezaan gol iaitu jumlah gol yang dijaring tolak jumlah gol yang kena atau dengan mengambil kira keputusan perlawanan sebelumnya.

Bagi sistem kalah mati jika seri, pasukan akan bertukar kawasan permainan dan bermain dalam masa tambahan 10 minit. Jika masih seri, lima pukulan penalti akan dijalankan bergilir-gilir dan jika masih seri, pasukan yang mengjaringkan gol dikira pemenang.

No comments:

Post a Comment