Thursday 20 February 2014

Tragedi Kehilangan Pemain Hoki Negara

TRAGEDI!! PEMAIN HOKI CHUA BOON HUAT Meninggal Dalam Nahas Jalan Raya!!






Pemain Hoki Negara Yang Maut Dalam Kemalangan.

Tak kira anda minat sukan hoki atau tidak, nama Chua Boon Huat (33 tahun) pasti anda kenal. Mana taknya sebab dia telah mewakili negara kita sejak dari 1998 dalam sukan Komanwel. 

Ini adalah satu berita yang begitu menyedihkan kerana dia telah disenaraikan untuk mewakili negara dalam Kejohanan Hoki Asia yang akan datang. Dan sekiranya Malaysia masuk ke peringkat akhir Piala Dunia, pastinya dia juga disenaraikan. Apa-apapun, Rest In Peace.

 
Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut dalam kemalangan selepas keretanya melanggar sebuah lori di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dekat Kelana Jaya di sini jam 3 pagi tadi.

Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang.

Sesungguhnya negara telah kehilangan seorang pemain hoki yang berbakat besar dan telah banyak menyumbangkan jasa di dalam arena hoki sehinggalah ke peringkat antarabangsa.



No comments:

Post a Comment